Business and Personal web pages from Canada Search result

Z&h ( Kek Lapis Sarawak )

Z&h ( Kek Lapis Sarawak )

KUCHING, Sarawak , ON
KAMI MENERIMA TEMPAHAN UNTUK SEMUA JENIS MAJLIS TERMASUK HARI JADI , PERKAHWINAN , PERTUNANGAN & SEBAGAI HANTARAN ! SETIAP TEMPAHAN HARUS DI BUAT SEKURANG2 NYA 2 MINGGU SEBELOM MAJLIS BERLANGSUNG BAGI MENGELAK SEBARANG MASALAH ! TAKE NOTE ~ SETIAP TEMPAHAN KEK DALAM ALBUM INI , AKAK D BUAT TERLEBIH DAHULU SEBELUM DI POS KEPADA SEMUA PELANGGAN ! HARAP MAKLUM ... HARGA SETIAP KEK TIDAK TERMASUK POS ... HARAP MAKLUM !!! SHIPPING POLICY : POS LAJU : ~ MINIMUM 3 ODER PER DILIVERY ~ SHIPPING CHARGES : LAYER CAKES : ~ SIZE 1/5 RM 9 ( PER ITEM ) ~ SIZE 8X 8 RM 25 ( PER ITEM ) DOUBLE KEK ( KEK DALAM KEK ) : ~ SIZE 1/5 RM 9 ( PER ITEM ) ~ SIZE 9X9 RM 26 ( PER ITEM ) SWISS ROLL : ~ RM 9 ( PER ITEM ) CARA PEMBAYARAN : ~ MENERUSI AKAUN MAYBANK ( NUM ACC AKAN D BG KEMUDIAN ) JIKA SELESAI PEMBUAT PEMBAYARAN , SILA : ~ SMS / PM ALAMAT PENUH ~ NUM TELEFON ~ TARIKH & MASA BANK IN SETIAP PENGHANTARAN HANYA AKAN D BUAT PADA HARI ISNIN SAHAJA ... * BERGANTUNG KEPADA SITUASI KERJA SAYA * SETIAP BARANG YANG D POS AKAN SAMPAI KEPADA PELANGGAN DALAM TEMPOH 1 ATAU 2 HARI ... SETIAP POS AKAN D HANTAR MENGGUNAKAN POS LAJU ... ~ TERIMA KASIH ~
Kek Lapis Dayang Salhah Sarawak

Kek Lapis Dayang Salhah Sarawak

No. 40 Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching, Sarawak , ON
Dayang Salhah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bermula tahun 1990 dengan menjual kuih tradisional dan kek lapis. Pada mulanya, beliau hanya mempunyai 10 tenaga kerja yang terdiri daripada keluarganya sendiri sehinggalah tertubuhnya sebuah syarikat perniagaan pembuatan makanan. Selepas sembilan tahun berkecimpung sebagai usahawan kek lapis dari rumah sendiri, Dayang Salhah akhirnya berjaya menubuhkan sebuah syarikat milik dirinya sendiri iaitu ‘Dayang Salhah Enterprise’ pada 19 Mei 2006 untuk meluaskan perniagaannya dengan menumpukan kepada jualan kek lapis. Beliau mula mencipta resepi yang dinamakan Kek Lapis Sarawak yang mempunyai rasa dan jenis yang berbeza serta corak yang menarik dan pelbagai. Hari ini, ‘Dayang Salhah Enterprise’ mempunyai dua kilang yang terletak di Industries MARA(KIM) di Lot 1191 dan 1192, Blok 7, Estet Perindustrian Demak Laut di Jalan Bako Kuching dan di SMI Industrial Park, Demak Laut, Blok 8, Muara Tebas juga di Jalan Bako, Petra Jaya, Kuching. Setakat ini, beliau mempunyai 160 pekerja yang mempunyai pelbagai kepakaran, komitmen dan dedikasi yang tinggi untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka. Pusat pemasaran Kek Lapis Sarawak masih lagi beroperasi di NO 40, Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching sejak 1997 iaitu terletak di tebingan sungai Sarawak berhadapan dengan Hotel Magherita yang merupakan kawasan yang dikenali sebagai ‘Segitiga Emas’ disebabkan kedudukan strategik untuk para pelancong. Keistimewaan kedai Kek Lapis Sarawak di Kampung Gersik ialah ia turut menyediakan layanan istimewa kepada semua pengunjung dengan sajian jamuan ringan dan merasa Kek Lapis Sarawak buatan Dayang Salhah sepuas-puasnya. Selain itu, syarikat Dayang Salhah Enterprise juga mengadakan perkhidmatan penghantaran terus tempahan kek lapis ke destinasi yang dikehendaki oleh palanggan dan pelancong. Malah di kedainya, beliau menyediakan pameran dan jualan yang luas untuk para pengunjung memilih lebih 53 jenis kek lapis pelbagai corak dan rasa di mana beliau sentiasa menambah baik kualiti kek di samping memperbanyak jenisnya. Istimewanya lagi, kedai ini turut menyediakan dan membolehkan ‘Dapur Kek Lapis Sarawak‘ di Kampung Gersik yang boleh dilawati serta dilihat dengan mata sendiri oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui semua proses penghasilan kek lapis Sarawak. Walaupun berjaya dengan memiliki dua buah kilang, namun Dayang Salhah tetap memberikan tumpuan khas kepada dua keluarannya iaitu kek lapis Sarawak dan Swiss Roll. Hari ini, jenama beliau, Kek Lapis Dayang Salhah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk tempatan serta penggemar Kek Lapis Sarawak termasuk pelancong asing di negara-negara jiran seperti Brunei Darussalam, Filifina, Indonesia, dan Singapura.